BERITA
Baja MPOB F5 Penggalak Pertumbuhan Anak Pokok Sawit yang Subur dan Sihat
Pengenalan
Di samping cuaca, amalan agronomi yang betul dan penuaian yang yang efisien, menanam anak benih yang berkualiti adalah sangat penting untuk mendapat pokok sawit yang produktif iaitu yang boleh mengeluarkan hasil tinggi. Anak benih sawit yang subur dan sihat hanya dapat dihasilkan dengan penggunaan biji benih D x P (kacukan Dura dan Pisifera) yang tulen dan pengurusan tapak semaian yang betul. Antara faktor terpenting di dalam pengurusan ini termasuklah penyiraman yang cukup, penggunaan tanah dalam polibeg yang sesuai dan pembajaan yang sempurna.
Menjadi tradisi dan memang disyorkan tanah lapisan atas digunakan untuk mengisi polibeg. Tanah lapisan atas mengandungi bahan organik serta unsur nutrien yang tinggi jika dibandingkan dengan tanah di lapisan bawah. Walau bagaimana pun, masa kini tanah lapisan atas semakin habis dan ramai pengusaha tapak semaian telah menggunakan tanah lapisan bawah. Keadaan ini telah menjadikan kesuburan anak benih semakin terjejas kerana tanah jenis ini kebiasannya padat, berpasir dan kurang subur.
Mengekalkan Kesuburan Anak Benih
Kajian telah dijalankan oleh MPOB keatas penggunaan baja organik. Hasil kajian mendapati penggunaan baja jenis ini dapat memperbaiki kesuburan tanah dan seterusnya mengekalkan kesuburan anak benih dan juga sawit matang. Didapati juga kandungan nutrient tanah dan pH meningkat serta tumbesaran anak benih juga lebih baik dari penggunaan baja kimia. Sehubungan dengan itu penggunaan baja organan sangat disyorkan.
Baja MPOB F5
Kerjasama MPOB dan Syarikat Briar Resources telah mengeluarkan sejenis baja sawit bio organik iaitu MPOB F5. Baja ini dihasilkan dengan campuran bahan organic kilang sawit iaitu kek decanter dan baja kimia dengan formulasi kandungan nutrien:- N: 6%, P2O5: 6%, K2O: 11%, MgO: 1%, unsur surih (trace element) dan yang penting 40% bahan organik.
Kandungan bahan organik ini dapat membaiki kesuburan tanah dari segi tekstur dan struktur serta menarik kehadiran dan meningkatkan aktiviti micro organism. Keadaan ini akan menggiatkan perkembangan akar anak benih dan seterusnya meningkatkan penyerapan nutrien. Penyerapan nutrien akan ditambah lagi dengan bekalan nutrien yang ada di dalam baja MPOB F5 ini.
Formalasi nutrien yang dibentuk bagi baja ini adalah seimbang dan sangat sesuai untuk pertumbuhan anak benih sawit. Gabungan bahan bio organik dan kimia menambahkan lagi keistiwewahannya iaitu pelepasan nutrien berlaku secara beperingkat samada secara perlahan atau secara cepat mengikut keperluan pokok.
Prestasi anak benih sawit yang ditanam dalam polibeg dengan tanah lapisan atas dan dibaja menggunakan MOPB F5 juga didapati sangat baik. Anak benih hidup subur dan tumbesaran di peringkat yang optimum.
Berbanding dengan penggunaan baja kimia (tanpa bahan bio organik), bahan kimia membentuk tanah lapisan atas yang keras (hard layer) di mana struktur tanahnya padat dengan pengudaraan yang rendah serta pertumbuhan pertumbuhan lumut dan algae. Keadaan ini akan membuatkan air bertakung (water-logged) di permukaan tanah dan tidak menyerap kedalam tanah untuk diambil oleh akar sawit. Keadaan ini akan menyebabkan keadaan tanah dilapaisan bawah kering dan membantutkan pertumbuhan anak benih.

Kadar Penggunaan Baja F5 Di tapak Semaian
Kadar yang disyorkan mengikut umur di tapak semaian besar sawit adalah seperti berikut:

Faedah Penggunaan Baja MPOB F5 Keatas Anak Benih Sawit

- Membekal nutrien yang seimbang dan berterusan
- Menggalak kehadiran micro organism di dalam tanah
- Membaik pulih kualiti dan kesuburan tanah
- Mesra alam dengan pelepasan nutrient lebih efisien dari tanah dan pegambilan nutrient oleh tanaman yang lebih efektif.
- Pertumbuhan anak benih yang sihat dan dapat ditanam pada umur yang disyorkan
Penutup
Baja MPOB F5 bukan sahaja membekalkan unsur nutrien yang seimbang, tetapi juga bio-organik di dalamnya boleh menyuburkan tanah dan membaiki pertumbuhan akar sawit. Kombinasi ini dapat menghasilkan anak benih yang berkualiti dan BTS yang tinggi dalam suasana mesra alam selaras dengan prinsip RSPO dan Kod Amalan Baik MPOB.