Briar



PENGENALAN DAN KELEBIHAN

Proses pembajaan pokok sawit bermula dari penentuan jenis dan jumlah baja, pembelian dan penyimpanan, serta aktiviti membaja di ladang. Selain factor harga, pemilihan baja bergantung kepada berbagai faktor yang mempengaruhi kecekapan baja tersebut untuk membekalkan nutrient kepada pokok dengan berkesan. Nutrien di dalam baja mestilah mencukupi untuk pengeluaran hasil yang tinggi.

Produk terkini MPOB F5 dan F5 SUPER yang megandungi bahan organic kek decanter dari sisa kilang sawit yang diperkayakan dengan bahan kimia merupakan baja campuran dengan formulasi nutrien yang seimbang.

Baja ini merupakan produk baja yang dapat membekalkan peratusan nutrient seimbang serta telah diperakui keberkesanannya melalui penyelidikan terutamanya terhadap pokok sawit. Ianya sesuai digunakan di kawasan berbukit/teres dimana kandungan organiknya rendah serta pelbagai jenis tanah yang bermasalah seperti tanah lateritic, tanah liat dan tanah berpasir.

Keistimewaan baja MPOB F5 dan F5 SUPER ialah dimana kandungan bahan organiknya berupaya menarik kehadiran mikro-organisma yang efektif untuk menyuburkan tanah. Oleh itu, ia dapat memperbaiki perkembangan sistem akar dan nutrien yang diperlukan dapat diserap dengan lebih efektif, efisien dan mesa alam.

Penggunaan baja MPOB F5 dan F5 SUPER telah membuktikan bahawa ia mampu membantu tumbesaran pokok yang lebih baik jika dibandingkan dengan penggunaan baja kompaun kimia biasa tanpa bahan organic. Formulasi MPOB F5 dengan peratusan nutrient yang seimbang iaitu N-P-K-Mg(6-6-11-1+T.E) dan formulasi F5 SUPER iaitu N-P-K-Mg-B(10-6-20+2.5+0.5+TE) dapat meningkatkan hasil sawit dan pendapatan pengusaha sawit.


F5>>

F5 SUPER>>

Bio Organic 5/5/5/2+TE>>

Nu Grow>>